Amalan Protokol & Etiket

RM 100.00

Compare
SKU: 978-967-344-163-1 Category: Tags: , , , ,

Description

Buku Amalan Protokol dan Etiket ini memuatkan maklumat yang dilengkapi gambar dan ilustrasi penting dan menyeluruh tentang amalan protokol dan etiket di Malaysia. Antara lain, pembaca dihidangkan dengan pengetahuan tentang lambang kebesaran, peralatan diraja, bendera dan anugerah Persekutuan, Negeri Selangor dan juga Wilayah Persekutuan. Dihuraikan juga tentang susunan tempat duduk dalam pelbagai majlis, pengacaraan majlis, cara membuat panggilan hormat, bahasa istana dan sebagainya. Etika berpakaian, cara dan gaya mengiring dan menyambut tetamu, tatasusila di meja makan, perbualan sosial dan kesopanan dalam pelbagai situasi juga dibincangkan dengan terperinci. Pendek kata, buku ini lengkap dan sesuai dirujuk oleh sesiapa jua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam pengendalian sesuatu majlis, sama ada formal atau yang tidak formal. Malah, sesuai juga bagi mereka yang menerima tetamu atau menjadi tetamu di dalam sesuatu majlis. Kepada semua pembaca, khususnya pelajar, pegawai awam, pegawai protokol, pegawai pengiring, penyambut tetamu, sama ada di jabatan kerajaan mahupun swasta, buku ini mesti dimiliki dan dijadikan panduan bagi memastikan tugas dan tanggungjawab mengendalikan majlis berlangsung dengan sempurna, teratur dan yang paling penting memuaskan hati semua pihak

Additional information

Weight 0.909 kg
Dimensions 22 × 22 × 1.6 cm
Page

Tahun

Penulis

Kategori