Sale!

Bagaimana Kami Menulis Karya Remaja

RM 65.00 RM 52.00

Compare
Category: Tags: , , , ,

Description

Penerbitan buku ini diharapkan dapat menjadi tapak pemula baharu kepada kerja kajian kesusasteraan remaja di Malaysia. Adalah diharap buku ini bukanlah yang terakhir seumpamanya diterbitkan kerana sesungguhnya kesusasteraan remaja mempunyai wawasan yang lebih besar pada tahun yang mendatang ini. Dari aspek kuantiti, perkembangan kesusasteraan remaja dapat dilihat daripada pertambahan bilangan penulis dan judul karya. Dari aspek kualiti, perkembangan yang sama dapat dinilai daripada pertambahan bilangan peraduan menulis karya remaja dan hadiah sastera, serta pemilihan karya remaja sebagai teks sastera di sekolah. Selain itu, karya remaja turut diterima sebagai satu cabang akademik melalui kajian karya remaja dan kursus yang ditawarkan di institusi pengajian tinggi tempatan dan luar negara. Bertolak daripada perkembangan inilah, soal golongan ‘remaja’ yang dirujuk dalam karya menjadi satu daripada permasalahan yang berbangkit dalam penulisan dan penerbitan karya remaja.

Additional information

ISBN

978-967-344-995-8

Penulis

, ,

Tahun

Muka surat