Interaksi Sosial Dalam Penyampaian Cerita Rakyat Melayu

RM 30.00

Compare
SKU: 978-967-344-416-8 Category: Tags: , , , , ,

Description

Cerita rakyat Melayu ini adalah sebahagian daripada sastera rakyat yang diturunkan daripada generasi kepada generasi. Kebiasaannya cerita rakyat ini disampaikan oleh seseorang yang dipanggil penglipur lara. Secara umumnya cerita rakyat Melayu berfungsi sebagai wadah hiburan dan wahana penyebar serta penyampai maklumat. Cerita rakyat Melayu turut berfungsi untuk menyebar serta melestarikan budaya, memberi pengajaran dan bimbingan kepada individu sebagai landasan dalam hidup bermasyarakat. Bagi menyampaikan cerita rakyat Melayu, penglipur lara sentiasa menjana idea baharu dan mengaplikasikannya ketika penyampaian agar cerita yang hendak disampaikan menjadi lebih menarik. Buku ini sesuai dijadikan sebagai bahan bacaan dan rujukan kepada pelajar, penyelidik, pencinta budaya dan juga sesuai bagi mereka yang berminat untuk mengetahui dan memahami apa yang tersurat dan tersirat dalam cerita rakyat Melayu.

Additional information

Weight 0.224 kg
Dimensions 24 × 16.5 × 0.6 cm
Page

Tahun

Penulis

Kategori