Sale!

Kota Kuala Kedah: Gelanggang Harimau Menerkam

RM 92.00 RM 73.60

Compare
SKU: 978-967-344-690-2 Category: Tags: , , , , , ,

Description

Buku ini memuatkan perbincangan mengenai sejarah Kota Kuala Kedah, kota pertahanan yang dibina 400 tahun dahulu. Ia juga memaparkan maklumat tentang senjata yang digunakan dalam pertempuran mempertahankan kota tersebut hampir 200 tahun dahulu. Maklumat yang dimuatkan dalam buku ini adalah hasil daripada penyelidikan selama hampir dua tahun memfokus kepada Perang Musuh Bisik 1821-1842 dan penggunaan senjata api dalam sejarah Kedah. Bahan yang disajikan di dalam buku ini dikumpul melalui pembacaan bahan rujukan bercetak dan bahan digital dalam talian, melawat dan membuat pemerhatian di tempattempat bersejarah, melawat ke muzium-muzium di Kedah dan Perlis, menemu bual tukang bedil istinggar yang masih ada serta menemu bual kolektor dan pedagang senjata api antik. Diharapkan buku ini dapat dijadikan bahan rujukan bagi pelajar dan pengkaji sejarah, penggemar senjata api tradisional dan juga generasi akan datang untuk mengenali sejarah perjuangan orang Melayu, khususnya di negeri Kedah. Dengan ini dapatlah generasi akan datang memahami kehebatan dan semangat keperwiraan generasi silam. Ini sedikit sebanyak akan berguna dalam membentuk dan memperteguhkan jati diri anak Melayu.

Additional information

Weight 0.801 kg
Dimensions 24 × 26.5 × 1.3 cm
Page

Tahun

Penulis

Kategori