Panduan Penulisan Memoir Autobiografi & Biografi

RM 48.00

Compare
SKU: 978-967-344-535-6 Category: Tags: , , , ,

Description

Menulis adalah suatu kerja seni. Oleh itu, untuk menulis sebuah kisah hidup perlukan kebolehan dan kemahiran yang unik. Penulisnya mesti mengenali dengan mendalam subjek atau tokoh yang akan ditulisnya. Penulis juga mesti sabar membuat penyelidikan, bertekun dengan manuskrip yang ditulisnya, teliti menyemak fakta yang didapatinya dan bakal dikarangnya. Biografi, autobiografi, memoir, travelog, kumpulan surat peribadi adalah beberapa bentuk tulisan dalam genre ini. Semuanya adalah sama – kisah hidup manusia. Manusia yang dipilih untuk ditulis kisah kehidupannya mestilah seorang yang memiliki cerita yang unik dan menarik. Watak, perwatakan dan perjalanan hidupnya perlu dibentangkan dalam pelbagai plot dan latar, menggunakan dialog dan monolog sehingga menimbulkan pelbagai corak, warna warni dan hiruk-pikuk dalam kehidupannya. Nah, buku ini memberikan panduan, petua, pedoman dan pelbagai teknik dan gaya dalam penulisan kisah hidup manusia. Contoh yang diberikan dalam buku ini juga diangkat daripada biografi yang berjaya.

Additional information

Weight 0.456 kg
Dimensions 24 × 16.5 × 1 cm
Page

Tahun

Penulis

Kategori